Jumaat, 28 Januari 2011

LENGANA ICT (pilihan)

6. LENGANA ICT (pilihan)





Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa.









A. Teknologi Maklumat


1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
  • Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian komputei. e Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian maklumat. 
  •  Menyediakan sebuah persembahan / laporan / log yang sesuai dengan menggunakan perisian-perisian berikut bagi: 
    •  Windows, Linux, Macintosh. 
    • Microsoft Office Word, Excel dan Power Point. 
    •  Menghasilkan sebuah persembahan multimedia. 
    • Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.

ATAU
B. Komunikasi dan Perhubungan


1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
  •  Mengirim berita menggunakan Kod Morse (Lampu atau buzzer) dengan kelajuanseminima 15 perkataan seminit. 
  • Mengirim berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 25 perkataan seminit. 
  • Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

ATAU
C. Perhubungan Antarabangsa
1. Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktiviti Kelana
peringkat antarabangsa atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan
di antara Kelana Malaysia dan Kelana-Kelana Antarabangsa.

Rujukan: Buku Panduan Dan Skim Latihan Pengakap Kelana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan