Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang
luas itu.
Sebelum dilantik menjadiAhli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian, seorang Bakal Kelana akan diuji dalam perkara-perkara berikut, untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam berpengakap.
1. Memahami dan menerima persetiaan & undang-Undang pengakap.
2. Dapat menerangkan tujuan pergerakan Pengakap dan menyedari peranan pengakap Kelana,
3. Mengetahui sejarah pergerakan Pengakap di Malaysia dan pergerakan pengakap Antarabangsa.
4. Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima enam jam.
5. Mengetahui cara mengikat a. dan mdnggunakan simpulan dan ikatan berikut:-
- Buku Sila (Reef Knot)
- Bunga Geti (Sheet Bend)
- Simpul Manuk (Clove Hitch)
- Tindih Kasih (Bowtine)
- Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Hatf Hitch)
- Lilit Pemati Biasa (Comman Whipping)
- lkatan Seraya (Square Lashing)
- lkatan Serong (Diagonat Lashing)
6. Mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Rujukan: Buku Panduan Dan Skim Latihan Pengakap Kelana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan