5. LENCANA KEPIMPINAN (Pilihan)
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan dan pengurusan dengan memperlihatkan tahap tertinggi
dalam melaksanakan program seperti Kursus, Seminar,Bengkel, Campfire Night.
1. Menjalankan salah satu daripada perkara-perkara berikut:
A. Kursus Kepimpinan Manikayu
1.Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sehingga Peringkat ll.
ATAU
B. Pengurusan Acara
1. Mergetuai sebuah Jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam sebuah jawatankuasa penganjuran sesuatu acara contohnya ; Perkhemahan Daerah, Jambori, perhimpunan Kelana, Forum, Seminar, Bengkel, Kursus dan lain-lain.
ATAU
C. Kursus Pemantapan
1.Menghadiri kursus pemantapan dan kecemerlangan diri contohnya; Kursus Motivasi,
Kursus Pengurusan Masa, Kursus Pendidikan Kesihatan dan lain-lain.
ATAU
D. Komunikasi dan Pengucapan Awam
1.Menghadiri kursus Pengucapan Awam dan Komunikasi yang dianjurkan oleh pihak yang bertauliah.
ATAU
E. Pentadbiran
1. Menjawat jawatan Pentadbiran dan didalam mana-mana persatuan yang diiktiraf dan sah dari undang-undang.
ATAU
F. Anugerah Kepimpinanan
1. Menerima Anugerah Kepimpinanan daripada mana-mana organisasi dan agensi
contohnya; Anugerah Kepimpinanan Perdana, Anugerah Remaja Perdana, Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain.
Rujukan: Buku Panduan Dan Skim Latihan Pengakap Kelana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan