Sabtu, 29 Januari 2011

LENCANA PERKHIDMATAN (wajib)

3. LENCANA PERKHIDMATAN (wajib)





Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan.




A. Bantu Mula - wajib
1. Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana persatuan atau mana-mana   Pegawai Perubatan bertauliah yang mengendalikan latihan rawatan dan pertolongan cemas dalam jangka masa tertentu.

2.Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan seperti butiran dibawah dan juga mempunyai kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan:

  • Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang memerlukannya. 
  • Mengetahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya. 
  • Mengetahui peredaran darah manusia serta jenis pembaluh. 
  • Mengetahui jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan dari mulut, hidung dan telinga. 
  • Mengetahui cara merawat gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa. 
  • Mengetahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan bahan kimia dan lain-lain.
  • Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan. 
  • Mengetahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan (CPR). 
  • Mengetahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa yang cedera.
  • Mengetahui Peti Pertolongan cemas serta alatan di dalamnya.
B.Kebajikan Am - Wajib
1. Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat.

    DAN ( Minima SATU daripada Bahagian C dan D ).

C.Pemelihara Alam Sekitar.
1. Calon dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau Jawatankuasa Program Daerah untuk menentukan projek-projek kempen pemeliharaan alam sekitar yang dapat dijalankan ditempat masing-masing dalam tempoh 3 bulan.

2.Antara projek-projek yang disyorkan adalah seperti:-
  • Kempen Kebersihan Alam Sekitar.
  • Kempen Kitar Semula.
  • Kempen Kawasan Angkat Krew'
D. Kebajikan.  
1.Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana
alam. 
2. Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana samada kepada
Kumpulan-kumpulan Pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk
perkhidmatan berterusan.
3.  Menderma darah seminimum 3 kali kepada hospital Kerajaan atau Pusat Darah Negara serta mempunyai rekod yang sah.
4. Menjalankan perkhidmatan di Rumah-Rumah Kebajikan.

Rujukan: Buku Panduan Dan Skim Latihan Pengakap Kelana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan